Pusingan Akhir Kelayakan Zon Liga Bola Sepak IPT 2011 semakin hampir ke kemuncak saingan.
Empat pasukan sudah menempah tempat ke separuh akhir dan mereka akan membuat perhitungan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Arau hari ini.
Pasukan terbabit terdiri daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Poli- teknik Melaka (PMK).
Dalam perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung semalam, UiTM Perlis layak ke separuh akhir selepas membenam UiTM Pahang 2-0 menerusi jaringan Mohd. Hisyam Zainal (ke-45) dan Mohd. Haizal Faquan pada minit terakhir perlawanan.
Pasukan terakhir yang mengisi tempat di separuh akhir ialah Politeknik Melaka (PMK) yang mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Politeknik Mukah Sarawak (PMU) pada satu lagi saingan suku akhir semalam.
Penyerang PMK, Abu Hanifa Hasan muncul wira pasukannya apabila melakukan jaringan hatrik pada pada minit ke-24, 50 dan 75.
Menurut pegawai urus setia kejohanan, Ahmad Tarmizy Mohammed, dua pasukan yang telah mengisi tempat awal di peringkat separuh akhir ialah USM dan UTeM yang menewaskan lawan masing-masing pada suku akhir kelmarin.
“USM layak setelah menumpaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kemenangan 2-1, manakala UTeM menumpaskan Kolej Kemuniti Pahang, 3-1.
“Pada perlawanan separuh akhir itu nanti akan menemukan USM dengan UTeM yang bakal diadakan di Padang Rani, UiTM Perlis,” katanya.
Selain itu, tambahnya separuh akhir kedua pula menyaksikan pertembungan antara pasukan tuan rumah, UiTM Perlis bertemu Politenik Melaka yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kangar.
Semoga UiTM perlis berjaya menumpaskan pihak lawan...=)
ReplyDeletecongrates to all UITM perlis football players=)
ReplyDelete