Followers

Wednesday, June 22, 2011

- mY junior meng-taG aku-

oky.. hyep u'ollz!!

hari ni rabu, setiap hari same je keje aku kat FSR Logistic Centre ni.. duk2 kat kaunter then on9. tu je la keje aku. hehe. kadang2 best. kadang2 bosan. apala... hehe. ape2 pn.. layan je la. haha. 
oky, kite straight je ea. mY junior syie tag aku benda ni.. nak kena jawab ke?? baik.. hee

1) korang rase korang HOT ke?
hot?? ayo.. in cool.. sbb tu name aku fizie cool. hehe

2) upload walpaper yang korang gune sekarang
awat na tau ni?? hee. baek.. akan aku dedahkan.. haha

haa.. tu la die.. baru je tukar tadi.. hik2!

3) Cerita pasal gambar
ayoo.. tdi na tau wallpaper, ni nak tau psl pic ni plak. pukk dahi tu kg. haha
oky2, pic ni aku snap hari ahad ritu, mase g date ngn my bee ke alor setar. balik tu singgah tasik Jitra. hee.

4) Kali terakhir makan Pizza
pizza?? huu.. agak lame la.. sem lepas kot.. mase kat umah.. bile guna yang hotlink tu.. ape tah name nye.. lupa la.. hahaha

5) Last song Korang dengar
mmmm.... mmm.... lagu angry bird! haha

6) Korang buat ape time jawab tag ni
on9, msj ngn my bee, jawab soalan ni.. hehe.

7) Nama panggilan korang selain nama penuh
kat umah famili pggil "G"
mmber pggil fizi.
yang terbaru, budak2 bola pggil aku lagend! hampeh ya mereka tu.. hahah
my bee pggil.......... ade la.! cbok je na tau! wuahahah

8) siapa korang nak tag 5 orang

9) Orang number 1 tu siapa

junior aku tuh!

10) Luahkan sesuatu pada number 5

hoi! sumbuk la kamu. hehe

11) number 3 ada hubugan dengan siapa

name bf dia aizul! hahah

12) kata-kata cintan buat number 4

gila pe.. die ade bf la.. hahah

13) Fakta tentang orang yang ada tag

aku kenal mereka ni.. hee.

done!

Tuesday, June 21, 2011

- 1 hari date -

Ahad 19 jun 2011

ring2! ring2! ring2!

 telepon aku bunyi..
tertera kat situ My Bee calling...
pagi2 die dh call aku.. dengan muke sememeh aku pn angkat..
fz: heloo...
my bee: hun! jum g Alor setar!
fz: ha? jum.. jap2! tepon akk mnx masokkan wet. hee
my bee: oky.

huu.. last minit pnyer decision.. kelaut! kelam kabot aku.. hehe.
sat je siapnye pn. bukan lama mana pn. layan je.

sampai alor setar.
kami pegi City Plaza. jenjalan je kat situ.. naek smpai atas. then turun balik. hehe
sampai atas. nampak game! hahah.. men game tembak2! 



tu la gambarnye. hehe.
my bee lak, die men kaut gula2! aku pn men jugak! haha. best dowh.
teringat mase aku kecik dulu. ceewaahh!!


tu haa.. seronok dapat gula2. hehe
banyak gila gula2 aku ngn my bee dapat! haa... style kn??

lepas penat men2 turun bawah lak.. nak g pasific. hee. 
panas ouh! cari pokok na teduh. hehe



 pic my bee je la aku snap. pic aku xda. hehe
sampai pasific.. xtau na bt ape dh.
duk kat kerusi jap. tgk orang lalu lalang... 
then nmpk ais kem McD. hehe. beli satu..

then terfikir na men game lagi.. g naek atas terus!! 
jmpe tempat game. haha. maen lagi. tapi pic xda lak. lupe nak snap..

dh abeh maen game.. jenjalan la dlam pasific tu. 
tadaaaaa!! jmpe jat nan, mmbe bola aku ngn awek die. haha..
die ajak balik sekali t nek kereta. hee.. save wet bus.. like!

bile na balik, ingat terus balik. kami singgah Tasik Jitra. 
dh lame aku na pg tasik tu. cume xkesempatan je. kali ni ade rezeki aku pegi tasik ni. hehe
lepak2 jap. jat ngn awek die nek boogey.. hehe
aku duk tepi tasik je ngn my bee..







ni la antara pic2 yang aku sempat snap2! hee..
lepas puas lepak2.. 
apa lagi.. balik arau la.. aku drive! hee
bile dh dapat pegang stering, mmg xmau lepas la. hee..
tu la die.. 1 hari date ngn my bee.. hee

sekian...

p/s: xlarat na type banyak2.. simple2 je la.. 

Sunday, June 19, 2011

Juara Liga Bola Sepak IPT 2011


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Perlis muncul juara pusingan akhir kelayakan zon Liga Bola Sepak IPT 2011 setelah menumpaskan Univesiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) 4-3 pada final yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Arau semalam.
Pertemuan tersebut menyaksikan aksi-aksi penuh dramatik dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan selain UiTM Perlis terpaksa bermain 10 orang dalam tempoh 15 minit terakhir.
Begitupun, UTeM terlebih dulu memecah kebuntuan apabila memperoleh gol pertama seawal minit keempat menerusi jaringan Muhammad Syafiq Mohd. Kamal.
Jaringan tersebut tidak melemahkan semangat pasukan tuan rumah yang terus tampil agresif untuk mencari gol penyamaan.
Kelekaan pemain UTeM dihukum pada minit-minit terakhir separuh masa pertama yang menyaksikan UiTM Perlis berjaya menghasilkan dua gol dalam tempoh dua minit pada masa kecederaan menerusi Mustafa Amini Ismail.
Ketika babak kedua bersambung, rentak UiTM Perlis semakin agresif dengan melancarkan serangan bertali arus tetapi kekentalan pertahanan lawan menafikan peluang mereka untuk menambah jaringan.
Usaha keras yang dipamerkan oleh pemain tuan rumah sepanjang perlawanan tersebut akhirnya berhasil apabila Norhafwan Hamzah terus mengukuhkan kedudukan UiTM Perlis untuk mendahului 3-1 menerusi jaringan pada minit ke-48.
Selepas itu, padah menimpa pasukan tuan rumah apabila penjaga gol mereka, Mohd. Hafizi Hamzah diperintah keluar padang kerana bertindak keras ke atas penyerang UTeM, Basiron Yusof ketika berlaku perebutan dalam kotak penalti.
Ekoran itu, ketua jurulatih UiTM Perlis, Shamshahril Shuib tidak senang duduk selama 15 minit terakhir setelah pasukannya digasak UTeM ketika kedudukan 4-3.
Namun, barisan pemain UiTM Perlis gagah bertahan dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.
Bagi Shamshahril, kejayaan tersebut membuktikan misi mereka sudah tercapai untuk merangkul kejuaraan liga yang bermula sejak 15 Jun lalu.
“Kami hadir pada kejohanan ini memang untuk muncul juara dan saya sangat bangga terutama kepada pemain yang bekerja keras untuk merealisasikan impian ini," ujarnya.
Dengan kejayaan tersebut UiTM Perlis membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala UTeM selaku naib juara menerima RM5,000.


 line-up UiTM Perlis!


 hadiah utama!

Friday, June 17, 2011

saingan Liga Bola Sepak IPT 2011 ( UiTM Perlis mara ke Separuh Akhir )


Pusingan Akhir Kelayakan Zon Liga Bola Sepak IPT 2011 semakin hampir ke kemuncak saingan.
Empat pasukan sudah menempah tempat ke separuh akhir dan mereka akan membuat perhitungan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Arau hari ini.
Pasukan terbabit terdiri daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Poli- teknik Melaka (PMK).
Dalam perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung semalam, UiTM Perlis layak ke separuh akhir selepas membenam UiTM Pahang 2-0 menerusi jaringan Mohd. Hisyam Zainal (ke-45) dan Mohd. Haizal Faquan pada minit terakhir perlawanan.
Pasukan terakhir yang mengisi tempat di separuh akhir ialah Politeknik Melaka (PMK) yang mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Politeknik Mukah Sarawak (PMU) pada satu lagi saingan suku akhir semalam.
Penyerang PMK, Abu Hanifa Hasan muncul wira pasukannya apabila melakukan jaringan hatrik pada pada minit ke-24, 50 dan 75.
Menurut pegawai urus setia kejohanan, Ahmad Tarmizy Mohammed, dua pasukan yang telah mengisi tempat awal di peringkat separuh akhir ialah USM dan UTeM yang menewaskan lawan masing-masing pada suku akhir kelmarin.
“USM layak setelah menumpaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kemenangan 2-1, manakala UTeM menumpaskan Kolej Kemuniti Pahang, 3-1.
“Pada perlawanan separuh akhir itu nanti akan menemukan USM dengan UTeM yang bakal diadakan di Padang Rani, UiTM Perlis,” katanya.
Selain itu, tambahnya separuh akhir kedua pula menyaksikan pertembungan antara pasukan tuan rumah, UiTM Perlis bertemu Politenik Melaka yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kangar.


Thursday, June 2, 2011

- my first try -


aku jadi kartoon.. hehhe
ini saje try bt.. tgk tutorial dari si gadis dari 1 bloG..
cam best.. bosan2 edit pic jadi cmnii.. haha
lawak pn ade gak.. ini hanya untuk suka2. 
sama2 layan.. heheh